Monday, June 30, 2008

Terjebak Jenayah Pada Usia 15 Tahun

NAMA Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah nama sebenar Botak Chin. Penjenayah ganas itu dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai 10 beradik di Kuala Lumpur pada 1951. Bapanya ialah pesara jabatan kereta api yang menghantarnya ke sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Sentul Pasar dan kemudian ke sekolah Inggeris.Dia berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan bekerja sebagai pembantu di pasar borong Jalan Tun Ismail selama setahun. Di sinilah, Botak Chin terpengaruh dengan kegiatan jenayah dan menyertai kongsi gelap (Geng 360) yang menguasai kawasan itu. Selepas emaknya meninggal dunia, dia lebih suka tinggal di rumah kawan-kawannya dan terbabit dalam jenayah kecil-kecilan seperti mencuri. Kagum dengan kehebatan rakannya sebagai gangster, dia berpakat bersama tiga rakannya (dua daripada mereka memiliki pistol) melakukan rompakan pertama pada 19 April 1969.Botak Chin kemudian memiliki senjata pertamanya .22 revolver lalu menubuhkan gengnya sendiri dan melakukan lapan rompakan pada September tahun itu. Kegiatan itu berjaya ditumpaskan. Botak Chin ditahan dan dihukum tujuh tahun penjara, tetapi dibebaskan pada November 1974.Dia cuba menjadi seperti orang lain, tetapi pendapatan sebagai penjual sayur tidak memuaskan hatinya. April 1975, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Sebulan kemudian, Botak Chin pergi ke Thailand dan dengan bantuan rakannya, dia membeli senjata api. Senjata itu tiba ke tangannya seminggu kemudian. Botak Chin tidak menunggu lama dan pada 2 Jun, sebuah pusat perjudian haram di Sentul dirompak RM5,800. Dengan duit itu, dia pergi lagi ke Thailand membeli lapan senjata api, menjadikan kesemuanya sebanyak 11 serta 100 butir peluru.

Kawasan lombong tinggal di Kepong menjadi medan dia berlatih menembak dengan anjing liar sebagai antara sasaran tembakan. Botak Chin berasa cukup hebat dan secara terang-terangan mempamerkan senjata apinya di pasar Sentul. Orang yang melihat tidak berani berkata apa-apa kerana takut menjadi mangsa balas dendam. Pada 20 Julai, sebuah bank di Jalan Imbi menjadi sasaran rompakan dan RM95,000 berjaya dilarikan. Dengan RM25,000 sebagai bahagiannya, Botak Chin membeli sebuah kereta Datsun dan melalui rakannya, dia membayar RM3,600 sebagai deposit. Tetapi tidak diketahui sama ada dia membayar ansuran bulanan selepas itu. Sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer kemudian menjadi sasaran. Beberapa pemain mahjung dirompak RM10,000 selain barang kemas dan barang berharga lain. Kemunculan semula Botak Chin dengan siri rompakannya mendapat perhatian polis dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Kulasingam ditugaskan memburunya hingga ke lubang cacing.

Kesukaran mendapatkan senjata api baru menyebabkan Botak Chin menjadikan anggota polis sebagai sasaran. Dia merampas tiga pistol milik tiga anggota polis dan ketika merompak sebuah bar di Sentul, merampas senjata api pengawal keselamatan. Ketika merompak Kelab Kereta Api Sentul selepas itu, dia mencabar sesiapa di situ untuk beradu kehandalan menembak ala koboi.Pasukan polis terus memburunya dan pada September, polis mengesan kereta Alfa Romeo curi yang dinaiki Botak Chin dan anggotanya.Di Segambut Dalam, selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti dan Botak Chin segera menyelinap di kawasan setinggan di situ. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk .38 revolver. Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya melepaskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank. Pada 25 September, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi ini tidak menghalang dia terus melakukan rompakan.

Rompakan terbesar ialah pada 26 Oktober 1975. Dia merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda. Hasil agihan sebanyak RM40,000, Botak Chin pergi lagi ke Thailand membeli senjata api menjadikannya memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru. Bagaimanapun, kedudukan Botak Chin sebagai ketua mula terancam apabila ada yang cuba mencabarnya. Dia bertindak cepat dan beberapa hari kemudian, Tua Pui Lek (ketua geng Lima Jari Gunung) dan anggota gengnya sendiri, Ah Wong, ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang.Seorang lagi orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor.Awal tahun 1976, Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap.Polis juga merampas 15 senjata api, peluru dan bom. Botak Chin ibarat pelanduk yang lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakannya. Selepas perancangan rapi polis, akhirnya pelanduk terjerat pada malam 16 Februari 1976.

Setahun selepas ditangkap, Botak Chin mencatat sejarah sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.Peguamnya, Jagjit Singh, membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Privy Council yang mengenepikan penghakiman dan hukuman mati itu serta mengarahkan perbicaraan semula.Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 dan ketika inilah dia mendakwa sebagai Robin Hood moden, merompak orang kaya untuk menolong orang miskin, tetapi sejarah membuktikan sebaliknya.Dia akhirnya didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 September. Rayuan kepada Lembaga Pengampunan juga ditolak. Ketika menunggu dihukum gantung, dua kali Botak Chin menyerang pegawai penjara. Ketika berusia 28 tahun, riwayat Botak Chin sebagai penjenayah ganas dan kejam berakhir di tali gantung di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981

Pelacur Indon Untuk Bangladesh Dan Nepal

JOHOR BAHARU: Polis berjaya menangkap pelacur Indonesia dipercayai untuk pekerja kilang rakyat Bangladesh dan Nepal di Pontian.

Kegiatan tersebut terbongkar dengan tertangkapnya 15 wanita Indonesia dan tujuh pelanggan mereka semasa serbuan di sebuah rumah yang dijadikan sarang pelacuran di Pekan Nenas, Pontian kira-kira 8.30 malam tadi.

Wanita berumur sekitar 20an itu adalah dari Surabaya, Solo, Medan, Tanjung Balai dan Batam, Indonesia sementara pelanggan mereka berasal dari Nepal dan Bangladesh yang berumur antara 20 dan 30 tahun.
Perkara ini berlaku berikutan dekatnya kilang-kilang dengan sarang pelacuran tersebut.

Para pelacur-pelacur Indonesia tersebut memasuki negara ini menggunakan pasport yang sah dan pas lawatan sosial.

Sunday, June 29, 2008

Rampasan ganja di tengah laut

Gambar hiasan

NILAI 16 Jun - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya merampas 10 ketul ganja mampat dianggarkan bernilai RM40,000 yang dipacakkan di tengah laut di perairan sempadan Malaysia-Thailand, Kuala Perlis pada Ahad lalu.


Timbalan Pengarah Kastam cawangan Narkotik, Mohd. Subri Awang berkata, pasukan Narkotik Ibu Pejabat KDRM bersama pasukan Marin Kastam Kuala Perlis membuat rondaan dan pemantauan di perairan berkenaan kira-kira pukul 1.05 pagi hasil maklumat orang awam.

"Semasa rondaan, pasukan tersebut telah mengesan satu pancang kayu yang dipacak di tengah laut semasa air pasang dan tergantung satu karung plastik berwarna hitam serta satu tong plastik berwarna biru mengandungi sejumlah ketulan bahan disyaki dadah jenis ganja.

"Kita telah membuat intipan selama lima jam dan mendapati tiada orang yang datang mengambil bahan dadah tersebut. Kuantiti dadah dianggarkan seberat 10 kilogram dan dianggarkan bernilai RM40,000," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabat Kastam Narkotik di sini hari ini.

Mohd. Subri menambah, rampasan itu adalah yang pertama dilakukan pihaknya dan beliau tidak menolak kemungkinan penyeludup dadah menggunakan modus operandi itu untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Tambahnya, sindiket penyeludupan dadah jenis ganja menggunakan perairan Kuala Perlis bagi laluan menyeludup dadah ganja dari negara jiran menggunakan sampan kecil dan bot nelayan ke negara ini.

"Modus operandi menggunakan sama ada bot laju atau bot nelayan kerap digunakan oleh sindiket bagi membawa dadah dengan kuantiti banyak ke negara ini.

"Penguatkuasaan yang dilaksanakan berterusan telah banyak menghasilkan tangkapan dan rampasan dadah di perairan Kuala Perlis dan kami akan meneruskan penguatkuasaan di perairan berkenaan," katanya.

Katanya, beliau berharap orang awam akan menyalurkan maklumat ke talian bebas tol KDRM 1-800-88-8855 atau menghubungi Pejabat Kastam Narkotik 06-7917587 atau 06-791779



Petikan Utusan Malaysia
17/06/08

Awek Tudung

Powered by Feedzilla