Sunday, June 29, 2008

Rampasan ganja di tengah laut

Gambar hiasan

NILAI 16 Jun - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya merampas 10 ketul ganja mampat dianggarkan bernilai RM40,000 yang dipacakkan di tengah laut di perairan sempadan Malaysia-Thailand, Kuala Perlis pada Ahad lalu.


Timbalan Pengarah Kastam cawangan Narkotik, Mohd. Subri Awang berkata, pasukan Narkotik Ibu Pejabat KDRM bersama pasukan Marin Kastam Kuala Perlis membuat rondaan dan pemantauan di perairan berkenaan kira-kira pukul 1.05 pagi hasil maklumat orang awam.

"Semasa rondaan, pasukan tersebut telah mengesan satu pancang kayu yang dipacak di tengah laut semasa air pasang dan tergantung satu karung plastik berwarna hitam serta satu tong plastik berwarna biru mengandungi sejumlah ketulan bahan disyaki dadah jenis ganja.

"Kita telah membuat intipan selama lima jam dan mendapati tiada orang yang datang mengambil bahan dadah tersebut. Kuantiti dadah dianggarkan seberat 10 kilogram dan dianggarkan bernilai RM40,000," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabat Kastam Narkotik di sini hari ini.

Mohd. Subri menambah, rampasan itu adalah yang pertama dilakukan pihaknya dan beliau tidak menolak kemungkinan penyeludup dadah menggunakan modus operandi itu untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Tambahnya, sindiket penyeludupan dadah jenis ganja menggunakan perairan Kuala Perlis bagi laluan menyeludup dadah ganja dari negara jiran menggunakan sampan kecil dan bot nelayan ke negara ini.

"Modus operandi menggunakan sama ada bot laju atau bot nelayan kerap digunakan oleh sindiket bagi membawa dadah dengan kuantiti banyak ke negara ini.

"Penguatkuasaan yang dilaksanakan berterusan telah banyak menghasilkan tangkapan dan rampasan dadah di perairan Kuala Perlis dan kami akan meneruskan penguatkuasaan di perairan berkenaan," katanya.

Katanya, beliau berharap orang awam akan menyalurkan maklumat ke talian bebas tol KDRM 1-800-88-8855 atau menghubungi Pejabat Kastam Narkotik 06-7917587 atau 06-791779



Petikan Utusan Malaysia
17/06/08

1 comment:

maartenfadness said...

Playtech casino - Mapyro
Overview. The software supplier provides gambling solutions to various online 제주도 출장샵 casinos and Playtech offers 경주 출장샵 a wide range of casino games including live games. 목포 출장샵 Rating: 경상북도 출장샵 3.6 · ‎100 reviews 김천 출장안마

Awek Tudung

Powered by Feedzilla