Wednesday, July 2, 2008

Kor Risik Diraja Malaysia.



KOR RISIK DIRAJA MALAYSIA



1. Kor Risik Diraja telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 November 1969 dan dianugerahkan gelaran Diraja pada 7 Jun 1997 oleh SPB Yang DiPertuan Agong ke X Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.



2. Organisasi KRD diketuai oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) merangkap Pengerusi KRD dan terbahagi kepada penempatan seperti berikut:• Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).• 92 Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK).• 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT). • Cawangan Perisikan. • Jabatan Arah Risik. • Pusat Latihan Perisikan (PULARIS).



3. Kesemua penempatan ini mempunyai tugas dan peranan yang berbeza tetapi secara ringkasnya KRD berperanan untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha dari segi mengumpul, menilai dan menyebar perisikan taktikal yang berkaitan dengan kepentingan Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya termasuklah tugas-tugas berikut:• Memberi khidmat nasihat kepada Pemerintah Pasukan mengenai aspek-aspek perisikan operasi, taktikal, keselamatan dan geraksaraf perangsaraf.• Menggubal dan mengeluarkan arahan yang berkaitan dengan perisikan operasi, taktikal, keselamatan dan geraksaraf perangsaraf.• Mengenalpasti, merancang dan melaksanakan operasi-operasi perisikan di dalam Tentera Darat.• Menganalisa semua maklumat perisikan untuk keperluan operasi Tentera Darat.• Menyedia pegawai-pegawai dan anggota yang profesional dalam bidang perisikan.



SEJARAH RINGKAS KOR RISIK DIRAJA… »»

Armyrank

No comments:

Awek Tudung

Powered by Feedzilla